Kenapa ikut orang lain? Tidak perlu mengikat kepercayaan diri anda kepada sesiapa. Keseronokan bagi orang yang percaya pada diri sendiri adalah menjadi dirinya yang terbaik agar diredhai Tuhan. Bukan berlumba menjadi lebih hebat daripada orang lain untuk raih pujian dan pujaan.
Individu yang percaya pada diri sendiri bijak menghadapi cabaran hidup kerana berani berfikir dan bertindak dengan cara yang sedikit berbeza daripada orang lain. Kuncinya, mereka Seronok Jadi Diri Sendiritm.
Cari jalan untuk beri keseronokan kepada diri. Ambil tanggungjawab penuh ke atas diri sendiri. Beranikan diri melangkah keluar dari lingkaran zon selesa! “The comfort zone is the greatest enemy of human potential." - Brian Tracy.
Usah berhenti selagi belum jumpa potensi diri anda yang sebenar. Belakang parang pun jika diasah lama-lama tajam juga. Nak tahu caranya?
Jom temui Che E!
Temui Che E, seorang pembimbing motivasi berpengalaman, suami, bapa, aktivis komuniti, penulis dan fasilitator. Beliau membantu individu mengukuh kepercayaan diri melalui sains motivasi.
Motivasi adalah ilmu psikologi yang membantu individu mengenali, menyayangi dan menghargai dirinya sendiri. Hari ini, banyak hal boleh menghakis kepercayaan diri seseorang sehingga boleh merencatkan pencapaian hidupnya. Kemurungan, perceraian, penderaan fizikal dan mental, ketagihan, pengabaian, bankrap dan banyak lagi umumnya bermula dari krisis kepercayaan diri. Di sinilah motivasi berfungsi untuk memulih dan mengukuhkannya kembali.
Motivasi FuadCheE (M.FCE) adalah usaha Che E untuk memudahkan orang ramai mendapat suntikan dan bimbingan motivasi diri secara langsung apabila perlu. Ia bertujuan membiasakan amalan hadir program motivasi diri sebagai salah satu cara yang baik mengekalkan kesihatan mental.
Motivasi diri bukan semata-mata tentang membakar semangat, itu klise. Tapi ia memberi celik akal bagaimana memandu hidup dengan lebih terarah setelah mengenal pasti dan tahu cara mengatasi halangan-halangan dalaman yang selama ini membentuk kepercayaan terhad (limiting belief) yang merencatkan pencapaian anda.
Anda rasa, apa sebab anda perlukan motivasi?
1. Meningkatkan keyakinan diri
Ingin mengenal potensi diri dan lebih berani menghadapi cabaran hidup.
2. Menyegarkan semangat hidup
Perlukan suntikan motivasi untuk kembali bersemangat menghadapi cabaran hidup dan kerjaya.
3. Mengurangkan rasa tertekan
Perlukan ruang untuk refleksi diri dan menenangkan fikiran dari tekanan harian.
4. Mengubah cara berfikir ke arah yang lebih positif
Ingin belajar mengenal pasti fikiran negatif dan menggantikannya dengan corak fikir yang lebih membina.
5. Mencegah keletihan mental atau "burnout"
Ingin menyegarkan semangat yang telah pudar akibat rutin hidup harian yang meletihkan.
1. Menambah rangkaian sosial yang positif
Ingin bertemu orang lain dengan latar belakang berbeza, berkongsi pengalaman dan saling memberi inspirasi.
2. Menguatkan hubungan kekeluargaan dan sosial
Ingin menjadi diri yang lebih tenang dan positif agar hubungan dengan orang sekeliling bertambah baik.
3. Meningkatkan kemahiran komunikasi diri
Ingin cari ruang untuk melatih diri agar lebih berani bergaul dan berinteraksi dengan orang, bertanya, dan menyuarakan pendapat.
1. Membantu menetapkan matlamat hidup dan kerjaya
Ingin panduan menetapkan hala tuju dan tindakan yang lebih jelas dalam kehidupan dan kerjaya.
2. Meningkatkan disiplin diri dan konsistensi
Perlukan motivasi untuk kekal fokus dan berdisiplin dalam usaha mengubah diri ke arah yang lebih baik.
3. Mengenal pasti halangan dalaman yang membantutkan kejayaan
Perlukan bimbingan untuk mengenal pasti punca sebenar ‘ketersekatan’ dan mencari jalan keluar.
1. Mendalami erti sebenar kejayaan dan kebahagiaan
Ingin semak dan pastikan kejayaan yang dicapai sekarang seimbang antara dunia dan akhirat.
2. Meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab diri
Perlu dorongan untuk mengambil semula kawalan atas hidup dengan penuh keinsafan dan tindakan.
3. Membangunkan potensi jangka panjang
Ingin mulakan langkah baru kepada perubahan hidup yang lebih besar.