Ceramah interaktif ala-ala talk show
Buat aktiviti simulasi ringkas agar mudah faham
Berbincang secara spontan
Tanya jawab santai
Berkongsi pengalaman dan refleksi diri
Guna manual aktiviti
Anda bebas bertanya, berkongsi kisah atau mengaju pandangan pada bila-bila masa sepanjang Che E mengendalikan siri ini.
Dalam siri ini fokus utama Che E bukanlah membentang isi-isi penting yang berjela-jela tapi lebih kepada berbincang secara santai, terbuka dan terpandu, dalam batas syariat, adab dan susila budaya.
Jom lihat aturcara siri terdekat seperti di bawah.
Anda terkesan tengok apa yang orang lain capai? Tambahan pula hari ini kita susah nak elak dari tengok orang lain sebab sesiapa pun bebas tayang hal peribadi dalam medsos untuk tontonan umum.
Anda mungkin sering bandingkan diri anda dengan rakan-rakan sekolah atau kolej dulu, rakan setempat kerja atau mungkin sesama ahli keluarga.
Jadi, orang lain berniaga anda pun berniaga, orang lain beli rumah anda pun beli, orang lain pergi umrah anda pun pergi, orang lain sambung belajar anda pun sambung, orang lain naik pangkat, anda stuck! dan semakin stres.
Peliknya, setelah masa berlalu orang lain yang anda asyik tengok, nampak semakin maju ke depan dan bahagia. Anda pula kekal stuck di situ bahkan rasa semakin tertinggal. Hilang punca dan akhirnya tenggelam tanpa sesiapa pun sedar dan peduli.
Adakah ini yang sedang anda rasa? Jom!
Che E ajak bincang tajuk ini sebab nak bantu anda yang sedang tenggelam punca dalam mengenal potensi diri sendiri. Rasa macam tak ada kelebihan diri langsung dan tak nampak apa kekuatan diri sendiri. Insya Allah dalam siri ini Che E cuba bantu anda kenal semula kekuatan diri, bangkit yakin dan Seronok Jadi Diri Sendiri!
APA ANDA DAPAT..?
Anda akan:
1. Tahu punca kenapa diri cenderung tengok dan tiru orang lain.
2. Kenal pasti potensi dan kekuatan diri yang unik.
3. Belajar cara memanfaatkan potensi diri secara praktikal.
4. Lebih yakin untuk bertindak berdasarkan nilai dan kekuatan sendiri.
KITA BINCANG APA..?
1:30 TENGAH HARI* :
Pendaftaran & solat Zuhur, datanglah awal sebab Che E dah biasa mula on time!
2:00 PETANG :
Slot 1 - “Kenapa aku mudah sangat ikut orang lain?”
PENGENALAN & REFLEKSI DIRI
2:45 PETANG :
Slot 2 - “Kenapa aku selalu tak nampak potensi diri sendiri?”
APA ITU POTENSI DIRI & KETAHUI APA PUNCA KITA TAK SEDAR
3:45 PETANG :
Rehat sebentar, kita layan cendol sejuk sambil kenal-kenal yang lain
4:00 PETANG :
Slot 3 - “Mudah sahaja rupanya, kenapalah aku baru tahu.”
CARA PRAKTIKAL MENGENAL POTENSI DIRI & MEMANFAATKANNYA
5:00 PETANG :
Slot 4 - “Alhamdulillah! Seronoknya jadi diri aku sendiri.”
MARI LARAS HALATUJU BARU & PELAN TINDAKAN DIRI
6:00 PETANG :
Doa penutup, salam jama'i & bersurai - solat Asar
* Musolla disediakan.
BANGKIT! : KENAPA IKUT ORANG LAIN?
CARA MUDAH KENAL POTENSI DIRI
__________________________________________________________
Tarikh :
27 September 2025 | Sabtu
Masa :
2:00 Petang – 6:00 Petang
Tempat :
Akademi Motivasi FuadCheE
Bilik Seminar SAFY Nilai Square
Nilai, Negeri Sembilan
Yuran :
RM95 seorang - Individu
RM90 seorang - Early Bird, daftar awal sebelum 1 September 2025 / berkumpulan
RM85 seorang - Alumni M.FCE
Yuran termasuk manual aktiviti, alat tulis dan jamuan ringan.
Tempat terhad. Daftarlah awal sebelum penuh.
"Kenapa biarkan hidup hanyut ikut arus orang lain? Giliran anda cipta jalan sendiri."
Nak BERUBAH?
Jom mula BERTINDAK, tekanlah butang di bawah.